Demi Nak Dapat View Terbaik, Peminat Billie Eilish Sanggup Beratur Seawal 4 Pagi!

TERKINI
August 18, 2022 - 04:51 PM


Meskipun konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022  hanya akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini, ribuan peminat penyanyi itu sudah mula membanjiri perkarangan Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, seawal 4 pagi!

@constipatedvegetable little update on the waiting line for standing zone #billieeillish#happierthanevertour#billieeillishmalaysia ♬ original sound - Nadia

Rata-rata mahu memastikan mereka mendapat tempat terbaik bagi menyaksikan konsert sulung penyanyi kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu di negara ini.

@kishvan Cant wait for it … #billieeilish #happierthanevertour ♬ Happier Than Ever - Billie Eilish

Difahamkan, bintang pop berusia 20 tahun itu tiba di ibu kota, kelmarin bagi menjayakan konsert yang dibawakan Live Nation Malaysia itu.

Ketibaannya bersama pasukan, termasuk abangnya, Finneas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat perhatian ramai apabila beberapa foto, termasuk video rakaman peminat tular di media sosial.

Semalam, beberapa video pemenang Anugerah Grammy itu bersiar-siar di pusat beli-belah Plaza Sungai Wang turut kecoh menjadi bualan netizen.

 

Destination: