Dituduh Muat Naik Video Klip Raya Tak Senonoh, Datuk Vida Mengaku Tidak Bersalah

TERKINI
November 08, 2022 - 11:25 AM


Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang dalam satu video muzik ‘muah-muah raya’ April lalu.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik netizen selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati Aidilfitri apabila ia kelihatan seperti menampilkan unsur ‘drag queen

Destination: