DJ SODA Kesal Peminat Ambil Kesempatan Ke Atas Dirinya

TERKINI
August 14, 2023 - 05:35 PM


Dah 2023, pelbagai kempen dan juga peringatan diberikan tentang gangguan seksual dan implikasinya kepada mangsa. Bahkan baru-baru ini viral satu kes di mana seorang gadis diganggu tanpa henti selama 8 tahun.

Mengapa masih wujud lagi mereka yang sentiasa cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa? Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk personaliti terkenal dunia. DJ wanita yang terkenal dari Korea Selatan, DJ SODA berkongsi pengalamannya diraba oleh peminat ketika satu festival muzik di Jepun.

Dia meluahkan perasaannya dan rasa kesal terhadap insiden yang menimpa dirinya sehingga meninggalkan trauma terhadap dirinya. Kejadian diraba itu bermula apabila DJ SODA mula mendekatkan diri bersama peminat. 

Niat yang pada mulanya hanya sekadar untuk berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat bertukar menjadi igauan ngeri buat dirinya apabila seorang peminat yang tidak bertanggunjawab meletakkan tangan pada dada DJ SODA.

Biarpun kecewa dan trauma, DJ SODA tetap bertahan dan menamatkan sesi persembahannya demi peminat yang lain.

Destination: