"Do You Wanna Play With Me?" - Wanita Kongsi Pengalaman Kena "Kacau" Hantu Mat Saleh Di Airbnb London!
TERKINIPernah tak korang alami peristiwa pelik atau seram kat hotel atau homestay yang korang pergi buat pertama kali? Bila sampai je ada rasa vibe atau aura yang tak menyenangkan. Maka eloklah korang cancel tidur di situ! Tapi, jarang-jarang kita dengar kena kacau masa trip oversea!
Terima kasih kepada @smfhazirah kerana sudi berkongsi pengalaman seramnya ketika menginap di satu Airbnb di London! Jom kita ikuti kisahnya...
Pernah kena kacau dengan hantu mat salleh kat airbnb in London 🤙 kalau dapat sambutan baru aku cerita 😂 https://t.co/gb3U1KcFuM
— jiwa. (@smfhazirah) October 5, 2022
Since aku bosan and dapat sambutan sikit benda ni jadi 2019 waktu tu family aku datang melawat(read:jalan2) kat London waktu aku study sana. So ada bapak aku, mak aku, abang aku, bini dia, anak dia (+- setahun) and kakak aku. Last day bapak aku rent airbnb dekat Heathrow sebab flight diorang awal pagi esoknya tu.
So otw pergi airbnb tu diorang amik Uber, dalam Uber tu ada 2 patung, 1 patung ada battery, 1 lagi takda battery. Driver Uber tu tengok anak buah aku suka main dengan patung2 tu so dia bagi je dua2 patung tu kat dia.
Dah sampai airbnb tu, ada satu pintu dalam bilik mak aku tu owner tu kunci. So aku dengan kakak aku joke cakap “tah tah ada orang mati/mayat dalam bilik tu, tempat simpan barang bukti pembunuhan ke apa”. Pastu just gelak2 and get ready to sleep semua.
Tapi aku rasa tak best so malam tu aku tak boleh tidur. Dah sampai pukul 2 lebih aku still main phone tetiba aku dengar patung tu berbunyi. Dia cakap “i like to crawl” pastu aku dah pishang sebab semua orang dah tidur kenapa tetiba patung tu berbunyi. Selang berapa minit camtu, tetiba...
Patung tu bunyi lagi “do you wanna play with me” sebiji macam chucky. Aku tak fikir panjang terus aku tutup phone and tidur. Esok nya tu aku tengok lah patung yang ada battery tu, takda satu pun voiceline dia yang macam aku dengar malam tu.
Pastu rupanya malam tu kakak ipar aku cakap sebelum tidur tu dia dah tutup patung tu sebab taknak patung tu bising time tengah tidur. Ha sudah. Siapa yang berbunyi malam2 tu. Aku biarkan dulu benda tu pastu get ready packing barang nak gerak ke airport.
Tetiba kitorang semua dengar bunyi berdentum kuat! Rupanya ada sorang lagi guest airbnb tu, uncle tua matsalleh aku estimate dalam umur 70 macam tu, jatuh tangga dari atas ke bawah. Bukan slip 1/2 anak tangga je. Pastu bila aku tanya dia okay ke tak dia cakap “i felt someone pushed me” padahal dia sorang2 kat corridor tu
Tapi dia kelam kabut nak keluar dari airbnb tu dia cakap sebab wife dia tunggu kat airport so aku takda borak sangat dengan dia. Nak check ada cedera ke apa pun tak sempat. Dia rushing gila. Bila dah keluar dari airbnb tu aku cerita la exp aku malam tu, pastu mak aku pun ada Benda nak cerita juga apa yang dia exp malam tu.
Banyak betul hantu rumah ni. Mak aku cerita, dah malam tu bapak aku gi mandi sebab nak tidur dah kan. So mak aku baring dulu sementara tunggu bapak aku mandi. Tengah2 baring tu tiba tiba...
Mak aku rasa ada benda dalam bilik tu dengan dia. Bila dia tengok dia nampak satu figure dia describe as badan matsalleh, tinggi kurus tapi takda muka. Yes exactly macam slenderman. Mak aku bukan jenis tengok cerita hantu, so i doubt dia tahu pasal slenderman.
Pastu dia tutup mata and baca2 apa yang patut sampai bapak aku siap mandi baru dia lega. Lepastu, nak tahu tak bapak aku cakap apa??? Bapak aku cakap “oh betul la ada?” Kitorang macam pelik la, eh bapak aku pun kena kacau ke? Sebab dalam family ni aku dengan mak aku je yang selalu kena kacau.
Rupanya bapak aku cakap waktu dia booking airbnb tu dia baca review memang review cakap rumah tu berhantu Bdhsbsjd sumpah tak tahu nak cakap apa sebab macam kelakar sebab dia tahu tapi dia book juga tapi tak kelakar sebab dia memperjudikan nyawa kitorang HAHAHA
So begitu lah cerita kena kacau hantu matsalleh dalam airbnb di London. Korang kalau dah baca review cakap berhantu tu and korang tak kental, jangan la gatal2 proceed nak book juga ya. Sekian.
Sumber dan Kredit: @smfhazirah (Twitter)