Ezlynn Tak Mampu Selindung Kisah Pahitnya Lagi…

TERKINI
October 17, 2017 - 03:04 PM


Lama jugak kita tak dengar cerita pasal Ezlynn ni semenjak berkahwin dengan pengurusnya sendiri ialitu Adam Fahmy 6 tahun yang lalu.

Ezlynn kini dikatakan dalam fasa kehidupan yang pahit. Memetik laporan mStar, Ezlynn dikatakan tak mampu untuk berselindung lagi hanya kerana nak menjaga maruah suaminya.

Mengikut laporan mStar tersebut, Ezlynn diminta untuk mengulas tentang status yang dia upload di laman sosial yang mededahkan bahawa rumahnya dirompak oleh suami sendiri. Tambahnya lagi, ini merupakan kali ke-3 rumahnya dipecah masuk oleh suami sendiri.

Kejadian tersebut walaubagaimanapun telah dilaporkan pada pihak polis menurut Ezlynn sendiri.

Ezlynn sebenarnya telah memfailkan tuntutan permohonan cerai pada 20 April lalu namun pihak mahkamah menetapkan 23 Oktober hadapan untuk laporan hakam berkenaan dengan kes penceraian mereka kerana kedua-dua mahu meneruskan penceraian walaupen proses timbang tara telah dilalui.

 

Hurmm… Agaknya kenapa Adam, suami Ezlynn ni buat macam tu ye?

 

Sumber | mStar