Fakta Atau Mitos? Hand Sanitizer Dikatakan Berbahaya. Ini Penjelasannya…

TERKINI
September 19, 2018 - 11:18 AM


Sebelum ini, negara kita tak terlalu didedahkan dengan pengunaan hand sanitizer. Mungkin awal-awal dahulu, hanya ada di hospital untuk kegunaan umum.

Selepas tahu fungsi dia, berbondong-bondonglah rokyat pergi beli hand sanitizer di farmasi-farmasi berhampiran. Chop, bukan kitorang nak cakap perbuatan beli tu salah, ianya bagus. Untuk mencegah bakteria atau kuman yang mungkin membawa penyakit. Contohnya kes baru-baru ini iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut.

Tapi, tahu tak korang yang sebenarnya penggunaan sanitizer secara belebihan ini boleh mendatangkan mudarat? Ini satu perkongsian tentang sisi negatif penggunaan hand sanitizer secara berlebihan.

 

#1. Tindak Balas Tubuh Terhadap Antibiotik Yang Berlebihan

Umum sedia maklum yang antibiotik ini berguna untuk melawan dan membunuh bakteria. Tapi, korang kena ingat, penggunaan hand sanitizer ini boleh juga membunuh bakteria yang baik dalam badan. Secara tak langsung, ia galakkan pertumbuhan bakteria jahat pulak nanti.

 

#2. Lemahkan Sistem Imun

Menurut pakar, penggunaan sanitizer secara berlebihan akan melemahkan sistem imun badan. Satunya ialah kandungan yang terdapat dalam hand sanitizer tu sendiri iaitu Triclosan.

Sekiranya kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap Triclosan ini, diorang mudah dijangkiti penyakit seperti demam dan alergi.

 

#3. Keracunan Alkohol

Alkohol merupakan salah satu kandungan yang ada dalam hand sanitizer. Ada sat ukes dicatatkan dimana seorang remaja di US telah dikejarkan ke hospital kerana keracunan alkohol akibat menggunakan hand sanitizer secara berlebihan.

Hand sanitizer ni salah satu kandungan aktif dia ada terdapat antibakteria yang beralkohol. Tujuan dia untuk bunuh kuman, sebab tu kalau korang perasan, bila pakai sanitizer, tangan akan rasa berangn sekejap.

 

#4. Hormon Boleh Terganggu

Punca ganguan utama hormon ini juga disebabkan oleh Triclosan. Ini bukan sahaja teori malah telah dibuktikan oleh FDA Amerika Syarikat.

Bila hormon terganggu, ia boleh sebabkan pembiakan bakteria jahat.

 

 

#5. Mengandungi Bahan Kimia

Setiap produk yang berbau wangi sudah tentu mempunyai bahan kimia yang sebenarnya beracun sekiranya digunakan secara berlebihan. Selain itu, pewangi sintetik yang ditambah kedalam mana-mana produk ini mengandungi ftalat.

Ftalat ni adalah sejenis bahan yang boleh meniru hormon. Ia berupaya untuk mengubah sistem genital manusia tau!

So, untuk korang yang terlalu bergantung kepada hand sanitizer ni, dinasihatkan guna dalam ‘dos’ yang bersesuaian. Kenal pasti atau ambil tahu cara yang betul untuk menggunakan hand sanitizer.