Father's Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite Cantik, Sejuk Ala-Ala Oversea!
TERKINIKejadian tanah runtuh yang meragut berbelas nyawa berlaku di tapak perkemahan di Father’s Organic Farm Genting menggemparkan para pengunjung yang berada di kawasan tersebut sejak awal pagi Jumaat (16 Disember 2022).
Tapak perkhemahan tersebut terletak 4 kilometer dari Genting Highland, Pahang dan merupakan kawasan tumpuan buat para penggemar rekreasi luar khususnya buat mereka yang ingin berkhemah.
Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hingga 8 minit perjalanan dari tempat meletakkan kereta dan sepanjang perjalanan menuju ke tapak perkhemahan, pelbagai tumbuhan dan sayuran organik yang ditanam serta beberapa jenis pokok buah-buahan dapat dilihat.
Kawasan perkhemahan yang dikelilingi oleh hutan rimba tersebut adalah tinggi serta menyajikan pemandangan yang cantik dan terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tempat memasak, kawasan unggun api, tandas awam dan sebagainya -- sekali gus menjadikan kawasan ini sebagai satu pilihan yang tepat buat mereka yang menyukai aktiviti luar dan ingin meluangkan masa bersama keluarga.
Antara aktiviti yang disediakan adalah menuai sayur-sayuran, berenang di air terjun, makan tengah hari yang disediakan oleh Mother’s Kitchen, lawatan ke ladang haiwan dan barangan yang diketuai oleh pemilik Father’s Organic Farm.
Memiliki ladang yang cantik, air terjun yang jernih, lawatan hebat, makanan enak, serta pemilik yang peramah menjadi alasan mengapa masyarakat memilih kawasan ini untuk berkhemah.
P/S: Salam takziah untuk kesemua keluarga dan mangsa terlibat. Semoga usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap akan dipermudahkan.
Sumber: KOSMO! ONLINE