Gara-Gara “Dabbing”, Pemain Arab Saudi Ini Mungkin Ke Penjara…

TERKINI
January 08, 2018 - 07:34 AM


Ramai yang tidak tahu dan ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing berkenaan asal usul ‘dab’ ini.

Tidak kurang juga pihak yang mengaitkan dengan freemason, illuminati dan pelbagai lagi perkara. Ada juga yang berpendapat dab ini adalah salah satu tabik hormat yang berkait dengan Adolf Hitler dan melambangkan rasisme. Jika di Arab Saudi, perbuatan dabbing ini dikatakan berkaitan dengan culture dadah.

Tidak pasti apa kaitan perbuatan dabbing dengan dadah, tetapi jika anda ke Arab Saudi, jangan sesekali melakukan dab. Ini kerana, di Arab Saudi, dabbing adalah diharamkan.

Poster Larangan Dab di Arab Saudi.

Melihat dabbing ini mempunyai kesan buruk terhadap muda-mudi di Arab Saudi, segala perbuatan untuk mempromosikan dabbing ini di khalayak ramai mahupun di media social akan menerima padah.

Inilah yang terjadi kepada salah seorang pemain bolasepak di Arab Saudi yang dikatakan akan berdepan dengan hukuman penjara selepas didapati melakukan dab dalam satu perlawanan bolasepak disana. Menurut klip video yang viral disana, pengulas sukan yang sedang mengulas perlawanan terbabit ternyata terkejut dengan tindakan pemain tersebut.

Pemain berkenaan dikatakan bakal ke penjara. Namun begitu, ini sebenarnya bukanlah kes pertama kerana sebelum ini, seorang artis dan pengacara TV popular di Arab Saudi iaitu Abdallah Al Shahani pernah ditahan atas kesalahan dabbing di atas pentas.

Ketat undang-undang Arab Saudi ye… Tak kira lah pemain bola ke, selebriti ke, penjara tetap penjara…

 

Sumber : Hypebeast