"Habis Replika Masjid Berlumut, Tak Terurus!" - Netizen Kecewa Taman Monumen Terengganu Kelihatan Terbiar
TERKINIKita sebagai warganegara Malaysia patut rasa bertuah kerana terdapat pelbagai tempat menarik di setiap negeri. Bahkan sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa. Namun, antara "perangai" sebilangan rakyat Malaysia yang ambil mudah dalam bab menyelenggara atau menjaga tarikan bahkan fasiliti yang ada.
Tular satu video di platform TikTok, satu lokasi pelancongan yang cukup terkenal di Kuala Terengganu yang membuatkan netizen berasa sangat kecewa.
Video yang dikongsikan @aryl_je menunjukkan keadaan terkini Taman Monumen yang menempatkan replika binaan ikonik atau masjid yang terkenal dalam tamadun Islam.
@aryl_je Bila orang tak melancong dalam negara marah… Tapi…#efwaipi #terengganu #tamanmonumenterengganu ♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Berdasarkan video yang dikongsikan, jelas kelihatan kebanyakan replika tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Ada yang sudah berlumut dan rosak. Bahkan, persekitaran Taman Monumen itu sendiri juga kelihatan tidak terurus.
Sayang seribu kali sayang kerana Taman Monumen masih menjadi tumpuan pelancong. Bahkan bayaran masuk masih dikenakan. Harap pihak bertanggungjawab ambil tindakan