"Hang kata aku gila! Bab* kau!" - Budak 4 Tahun Jadi Mangsa Lelaki Mengamuk

TERKINI
June 06, 2023 - 05:55 PM


Siapa sangka sarapan pagi sebuah keluarga di sebuah kedai nasi dagang dicemari dengan kata-kata kesat dan amukan dari seorang lelaki yang tak dikenali.

Bukan setakat carutan dan kerusi yang dilemparkan, bahkan membaling bungkusan makanan dan air panas ke arah seorang budak berumur 4 tahun. 

@darlisnasidagangganu #fyp#viral ♬ original sound - Darlis Nasi Dagang

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi, 4 Jun lalu, video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki yang memakai baju berwarna kuning mengamuk sambil membaling bungkusan makanan ke arah pelanggan.

"Siapa kenal manusia ni? Mengamuk baling air panas terkena baby. Kacip mungkin, bahaya orang ni. Kalau kenal tolong PM" kata pemilik restoran Darlis Nasi Dagang Ganu. 

Beliau dan pelanggan-pelanggan di situ terkejut kehadiran lelaki berkenaan pada waktu tersebut yang mengamuk dan membaling bungkusan makanan serta air panas ke arah kanak-kanak yang tergamam melihat kelakuan lelaki terbabit.

Kejadian tersebut menyebabkan budak terbabit menangis kuat dan suspek terus berlalu pergi sebelum sempat terajang meja berdekatan. Tak berpuas hati dengan apa yang berlaku, suspek datang sekali lagi ke kedai berkenaan dan membaling kerusi ke dalam kedai sambil melontarkan kata-kata kesat.

Menurut pemilik restoran nasi dagang berkenaan, ini bukan gimik marketing sama sekali mahupun perselisihan fahan antara pelanggan dan pekerja. Kejadian terbabit berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab.

Difahamkan kes tersebut sedang dalam siasatan polis dan pemilik restoran meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan tampil untuk menghubunginya.

Video yang tular sejak semalam mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang kesiankan budak berusia 4 tahun berkenaan dan geram dengan tindakan suspek yang 'naik hantu' secara tiba-tiba.

Harapnya ada penjelasan dari pihak polis dan tuan empunyai kedai dari insiden begini. Takkan nak biarkan saja lelaki macam tu muncul balik ke kedai tu-kan. Harap semuanya dipermudahkan-lah.

Sumber berita : The Reporter