"Indah Dan Luas" - Penggali Kubur Kongsi Video Liang Lahad Juruterbang Nahas Elmina

TERKINI
August 22, 2023 - 12:06 PM


Keindahan kubur dengan lapisan tanah pelbagai warna milik Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, disifatkan cantik menyerupai pelangi.

Allahyarham merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Hulu Klang, kelmarin.

Menerusi perkongsian penggali kubur Thejaws di TikTok, dia berkata, ia merupakan pengalaman kali pertama sejak bekerja sebagai penggali kubur.

@mazlansalem #elminacrash #jenazahkaptenpesawat #pengalikubur #sempadanakhirat #seindahpelangi🌈 ♬ original sound - thejaws

“Setakat ni hampir setiap minggu ada kematian, kadang dua hingga tiga lubang kena gali seminggu dan ini adalah pengalaman pertama di sini.” katanya.

Menerusi video sama, dia turut berkongsi pemandangan dari dalam kubur tersebut.

“Bagi yang teruja dengan keindahan pelangi, kita saksikan pandangan dari dalam lubang kuburnya. Memang berlapis-lapis macam ni coklat sikit, merah, hitam, kekuningan, hijau sikit dan membawa ke kuning.

“Ada lapan warna berbeza. Inilah kubur jenazah kapten kapal terbang Elmina tu. Luas dan lebar. Cantikkan? Seolah-olah warna pelangi,”ujarnya.

Rata-rata orang ramai turut teruja dengan keindahan liang lahad milik Allahyarham Shahrul yang cantik dan mengatakan belum pernah melihat kubur seumpamanya.

Destination: