"Inilah Content Creator Sebenar!" - 1,000 Pesakit Buta Dapat Melihat Semula, Hasil Tajaan Youtuber

TERKINI
January 30, 2023 - 04:33 PM


Youtube merupakan salah satu aplikasi yang sering menjadi pilihan dunia untuk melikat kandungan video yang pelbagai. Terdapat pelbagai content creator yang menarik menghasilkan pelbagai jenis video.

Antara Youtuber terkenal atau terbesar di dunia, sudah tentu nama MrBeast. Dia merupakan content creator Youtube yang mempunyai jumlah pengikut lebih 130 juta pada Januari 2023.

Yang menarik perhatian dunia, adalah video terbaru MrBeast di mana dia menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

MrBeast menaja sebanyak 1,000 pembedahan untuk memulihkan mereka yang menghidapi penyakit buta di serata dunia. Bahkan, ada bebeberapa orang yang menerima bantuan wang sebanyak 10,000, 50 000 untuk pelajar kolej dan juga sebuah Tesla!

Antara pesakit yang menerima bantuan dari MrBeast datang dari negara:

  • Namibia
  • Mexico
  • Honduras
  • Indonesia
  • Brazil
  • Vietnam
  • Kenya
  • Jamaica

 

Destination: