Kes Lelaki Tersakiti di Malaysia Kian Meningkat, Terbukti Lelaki Adalah Insan Yang Lemah

TERKINI
May 30, 2023 - 11:47 AM


Saban tahun kes gangguan seksual di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak 4 tahun kebelakangan ini melibatkan perempuan dan juga lelaki. Entah mana puncanya, kes sebegini seolah-olah dianggap biasa dan menjadi norma kepada sesetengah masyarakat.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Nancy Shukri gangguan seksual turut melibatkan golongan lelaki yang meliputi 12 peratus daripada keseluruhan kes dan mengatakan kes salah laku tersebut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, usia, kaum ataupun agama.

Tambah Nancy, merujuk kepada statistik yang dilaporkan oleh Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), bilangan kes gangguan seksual mencatatkan peningkatan sebanyak 308 kes pada 2019 dan meningkat kepada 378 kes pada 2020. Jumlah tersebut melonjak lagi kepada 506 kes pada 2021.

"Isu gangguan seksual perlu diberi perhatian yang khusus kerana ia boleh mendorong kepada perlakuan jenayah seksual lain yang lebih berat dan serius seperti serangan atau keganasan seksual termasuk ugutan dan rogol" kata beliau.

Nombor tersebut semakin meningkat seakan-akan tiada kesedaran kepada si pelaku tentang bahana jenayah salah laku ini.

Video yang dimuat naik malam semalam menerima pelbagai reaksi orang ramai di Tiktok khususnya lelaki yang mengatakan kes seperti ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata walaupun melibatkan kaum lelaki.

"Kes gini yang melibatkan lelaki sering dijadikan gurauan dan dianggap main-main bila kita bercerita dan dorang tak pernah ambil serius" komen Ade Putra yang jelas kecewa dengan hal tersebut.

Korang pula jangan terlibat dengan jenayah ni walaupun di mana-mana termasuk di tempat kerja. Panggil sayang atau baby di pejabat pun dianggap gangguan seksual tau.

@501awani

Jumlah kes gangguan seksual di Malaysia menunjukkan tren peningkatan sejak empat tahun kebelakangan. #AWANInews

♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Sumber : Awani