"Jahitan Ni Lagi Sakit Daripada Jahitan Beranak"- Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Muncul Bagi Kenyataan

TERKINI
March 06, 2023 - 10:57 AM


Kisah pergolakan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri terus mendapat perhatian netizen, lebih lagi selepas wanita itu ditumbuk sebanyak 3 kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan.

Shuhada yang muncul pertama kali selepas dirinya dipukul pelakon itu menyifatkan jahitan yang diterima pada bahagian pipi kiri berdekatan mata kesan ditumbuk Hafidz sebagai lebih sakit daripada pengalaman melahirkan.

“Jahitan ini lagi sakit daripada melahirkan. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah lagi susah," kata Shuhada sewaktu ditemu bual program Melodi.

@melodiberapi Andai Hafidz Roshdi berkahwin dengan Athira, nie ucapan padu Syuhada buat Pelakon Hafidz Roshdi 😥 #meloditv3 #panas #hafidzroshdidanathirayuhada #curang #panas #tumbuk #hafidzroshdi #tv3 #ceritaartismalaysia ♬ original sound - Melodi

Ibu dua anak itu juga menambah tindakan kasar yang dilakukan Hafidz terhadap dirinya sebagai hadiah ulang tahun ke-29nya yang jatuh pada 1 Mac lalu.

“Saya anggap jahitan ini sebagai hadiah hari jadi ke-29. Selama ini saya memang sudah ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik.

“Saya kena move on, jalani hidup dengan anak-anak saya. Enough is enough,” ujarnya lagi.

Meski terkesan dan mahu move on daripada Hafidz, Shuhada mengatakan tidak akan memutuskan hubungan ayah dan anak. Dia juga mengaku tidak berdendam dengan lelaki tersebut.

"Anak-anak memang tak diberitahu apa-apa lagi, saya tidak mahu memburukkan ayah mereka.

"Mereka perlukan seorang ayah dan saya tidak akan putuskan hubungan antara mereka," ujarnya.

Terdahulu, Shuhada dipercayai telah ditumbul Hafidz sewaktu Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.

Nurul Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Destination: