"Jangan Mainkan Isu Ini!" - Video Viral Pergaduhan Antara Jiran Punca Dari Bunyi Bising

TERKINI
July 17, 2023 - 02:39 PM


Baru-baru ini viral satu klip video di media sosial yang memaparkan situasi tegang diantara dua pihak yang dipercayai jiran di satu kawasan perumahan. Polis mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kejadian video tular pergaduhan melibatkan jiran di sebuah pangsapuri di Tampoi di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berlaku pada Jumaat lalu dan laporan polis dibuat dua individu yang terbabit dalam kejadian tersebut pada hari yang sama.

“Polis telah mengambil keterangan daripada pihak terlibat dan saksi bebas yang merupakan penduduk di pangsapuri itu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Balveer Singh menasihatkan masyarakat agar tidak mensensasikan isu yang boleh memberi implikasi kepada keharmonian dan bersikap rasional dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi serta tidak melakukan sebarang perbuatan melulu yang menyalahi undang-undang.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai kes berkenaan kepada pegawai penyiasat Inspektor Shazril Salim di talian di 016-3425316,” katanya

Destination: