Jijik Dan Pengotor Pekerja 7-Eleven Malaysia Lap Microwave Guna Mop!

TERKINI
January 25, 2023 - 12:40 PM


Jijik dan mual itulah perasaan yang terbit apabila empat gambar dimuat naik mengenai kejadian dilapor berlaku pada 22 Januari lalu itu, ia menunjukkan seorang kakitangan premis 24 jam berkenaan, menggunakan mop untuk membersihkan bahagian dalam ketuhar (microwave).

Perkara itu didakwa tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter menerusi akaun AshrafChak yang ‘geli’ dengan kejadian terbabit dan meminta syarikat berkenaan supaya mengajar pekerja protokol pembersihan sebenar.

“Hello @7elevenmalaysia, tolong la brief  (beri taklimat) staff korang untuk buat pembersihan dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam microwave. Pengotor oi!,” ciapnya tanpa menyebutkan lokasi premis yang dimaksud.

Pekerja Lap Microwave Guna Mop: 7-Eleven Mohon Maaf, ‘Ini Pelanggaran Protokol’

Rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, susulan kejadian seorang pekerjanya gagal mematuhi protokol kebersihan ditetapkan, sehingga gambar perbuatan itu tular di media sosial dan dikecam hebat netizen.

Menerusi kenyataannya, pengurusan syarikat berkenaan berkata, pihaknya ingin ‘menjernihkan keadaan’ dan sudah mengambil tindakan sepatutnya terhadap pekerja di satu daripada cawangannya itu.

“Kami di 7-Eleven Malaysia ingin memohon maaf seikhlas hati atas tindakan salah seorang pekerja kami yang gagal mematuhi protokol kebersihan kami yang ketat.

“Ini adalah pelanggaran jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi yang kami laksanakan di semua kedai kami,” menurut kenyataan dimuat naik menerusi Facebook malam tadi.

Syarikat itu berkata, pihaknya memahami kepentingan untuk mengekalkan persekitaran bersih dan selamat kepada pelanggan.

Ia turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tindakan segera sudah diambil untuk memastikan perkara terbabit tidak berulang.

Malah, syarikat itu mengakui kesal atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang mungkin timbul.

“Jika anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut, sila menghubungi kami di [email protected].

“Kami menghargai sokongan berterusan anda,” katanya.