Kecoh Bila Wanita Bertudung Peluk Afgan, Ini Teguran PU Syed!

TERKINI
December 19, 2022 - 06:29 PM


Baru-baru ini, penyanyi popular Indonesia, Afgan menjadi bualan netizen apabila dia memeluk seorang wanita berhijab semasa Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenary KLCC pada 17 Disember lalu.

Dalam pada itu, PU Syed mengulas isu ini melalui satu video di Instagram. Dia luah rasa malu dan kesal dengan perbuatan Afgan memeluk peminat wanita terutama sekali yang memakai hijab.

Reaksi penonton juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakkan mereka meluahkan rasa teruja dan sorakan seakan-akan tumpang gembira dengan 'tuah' wanita tersebut yang mendapat pelukan mesra dari penyanyi terkenal itu.

Bagaimanapun, PU Syed juga menasihat agar penganjur lebih berhati-hati dalam menjaga pergaulan atau batas antara lelaki dan wanita pada konsert yang akan datang.

Destination: