Kedah Dilanda Fenomena Viral Lagi, Kali Ni Lalang Berbunga!

TERKINI
March 25, 2019 - 11:19 AM


Kuasa Tuhan sungguh luar biasa!

Meskipun rakyat di Negeri Kedah dilanda gelombang haba tahap dua hingga mencecah suhu 40 darjah celcius, namun ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Sebuah lokasi di Kuala Ketil kini menjadi tumpuan ramai apabila padang seluas lebih satu hektar berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekaligus menjadikan kawasan itu seindah tempat pelancongan seakan di luar negara.

Menurut rata-rata penduduk di sekitar pekan Kuala Ketil, kawasan bunga lalang itu dahulunya hanyalah belukar terbiar dan ia terbakar pada Februari lepas.

Selepas kebakaran itu, lalang dikatakan telah tumbuh meliar dan hanya baru-baru ini ia mengeluarkan bunga yang sangat banyak serta menukar kawasan itu menjadi sangat cantik untuk bergambar.

Justeru tak hairanlah, selepas ia tular di media sosial semakin ramai pengunjung dari luar pekan Kuala Ketil mengunjungi lokasi itu untuk merakamkan kenang-kenangan di situ termasuk dijadikan lokasi penggambaran dan fotografi perkahwinan.

Fenomena bunga lalang tersebut adalah tarikan viral keempat yang berlaku di Kedah, selepas beberapa daerahnya 'dihujani' dengan musim bunga Tecoma ala-ala Sakura Jepun, rumput karpet dan jerami gulung.

Sumber Gambar: Facebook

 

Baca ini: ‘Rumput Karpet’ 1 Lagi Lokasi Wajib Untuk Kaki Gambar Viral!

Baca juga: Tak Perlu Pergi Jauh Kat Kedah Pun Ada Musim Bunga "Sakura"