Lelaki Ini Nak Dapatkan Gaya Rambut Sama Macam Video, Menyesal Lepas Apa Yang Terjadi Selepas Itu!

TERKINI
January 10, 2019 - 12:47 PM


Alahai, nak gelak kesian. Tapi itulah yang terjadi dekat seorang lelaki di Beijing apabila gaya potongan rambutnya ditiru bulat-bulat macam apa yang diminta.

Kejap, sama dah, kenapa nak kesian? Dengar memang kita akan kagum dengan tukang gunting dia ni, tapi bila tengok gambar… Inilah jadi dia…

Kebiasaan sebelum gunting, confirm orang tu akan tanya, nak gunting macam mana, gaya macam mana. Kalau sekarang, ramai tukang gunting berbakat, tunjuk gambar je, diorang boleh tiru sebijik.

Silap dekat sini, lelaki ni pegi tunjuk VIDEO! Mestilah dalam video tu, dia kena tekan butang pause untuk hentikan video tersebut kan. Sudahnya, kena pulak butang ‘play’ tu dekat rambut. Nah, tukang gunting pun apa lagi, dia pun ingat trend lah.

Di tarahnya butang play dekat rambut.

Cerita panjangnya, masa tengah dapatkan guntingan rambut, lelaki ni dikatakan tengah menonton video. Sambil tu tiba-tiba keluar pulak gaya rambut yang dia berkenan. Dia pun, apa lagi, pausekan video tersebut, tunjuk pada tukang gunting.

Yang kelakarnya, tukang gunting tu sebenarnya dah tanya, nak ke bentuk segi tiga dekat kepala tu, disebabkan di ani tak faham segi tiga apa yang dimaksudkan, dia pun angguk mengiyakan pertanyaan tukang gunting tu tadi.

Sudahnya, dapatlah butang play pada rambut! Tapi, korang mesti ingat lelaki ni mengamuk kan? Salah! Ramai netizen di China suka dan cakap ianya stylish, lain daripada yang lain.

Tapi, itulah, kena berjalan sambil ada butang ‘play’ dekat kepala. Ke korang pun rasa bend ani menarik? Kalau nak, cuba lah. Macam Aedy Ashraf baru-baru ni, gaya rambut dia pun boleh tahan jugak. Kena kecam dengan netizen.