"Lily Dah Besar!" - Gadis Vietnam Fasih Berbahasa Melayu Buat Comeback!

VIRAL
December 05, 2022 - 04:35 PM


Bukan senang kita nak jumpa rakyat negara lain, berbahasa Melayu dengan baik. Jadi bila jumpa seseorang yang boleh berbahasa Melayu ketika melancong luar negara, rasa teruja dan gembira tu memang membuak-buak orang kata!

Pada beberapa tahun dulu, viral beberapa klip video seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, berasal dari Vietnam bernama Lily yang fasih berbahasa Melayu dan juga Indonesia. Lily menggunakan kebolehan berbahasanya ketika berniaga.

Fast forward 2022, seorang pelancong Malaysia berjaya mencari Lily di Vietnam dan sempat menemu ramahnya semula!

@ashiqinshamsuri_ Comei betul dia ni 🥹 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #vietnam #hoian ♬ original sound - AshiqinShamsuri_

Gelagatnya berbahasa Melayu dengan suaranya yang comel itu berjaya mencuit hati netizen. Beliau juga fasih banyak bahasa lain antaranya filipina, korea, jepun dan juga inggeris. Lily juga kongsi beberapa tips bagaimana untuk menguasai bahasa asing.

@ashiqinshamsuri_ Buleh kecek kelate mek ni 😍 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #vietnam #hoian #malaysia #malaysiatiktok @Thanh huyền ♬ original sound - AshiqinShamsuri_

Sumber dan Kredit: @ashiqinshamsuri (TikTok) 

Destination: