"Mengalah Tak Semestinya Kita Kalah"- Kak Lina Perli Someone?

TERKINI
October 16, 2023 - 10:39 AM


Nama Elly Mazlein sekali lagi mencuri tumpuan malam tadi apabila pengacara tersebut membuat satu perkongsian di Instagram Story miliknya.

Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina membuat satu hantaran yang berbaur luahan tentang keperluan melupakan tangungjawab kerja kerana ingin memberi laluan kepada seseorang.

"Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita, sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking buat kerja dengan lebih selesa.

Figura awam itu juga berkata bahawa tidak elok bergaduh soal rezeki yang sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah.

"Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki, Allah susun baik-baik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah, kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia."- ujarnya.

Dalam hantaran yang sama, Kak Lina juga turut meminta individu yang dimaksudkannya untuk tidak berlagak walau hebat mana pun seseorang itu.

"Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dik. Ingat asal usul."- pesannya.

Walau bagaimanapun, masih tiada penjelasan tentang siapa individu yang dituju oleh pengacara popular tersebut.

Sebelum ini pada awal minggu lalu, Elly Mazlein mengejutkan ramai peminat apabila secara rasmi mengundurkan diri sebagai pengacara GV10 atas sebab peribadi. 

Kredit: Oh Bulan & Instagram

Destination: