Sah! - Messi Pilih Hijrah Ke Inter Miami Selepas Kecewa Menunggu Tawaran Barcelona!

VIRAL
June 08, 2023 - 02:59 PM


Beberapa hari kebelakangan ni kecoh pemain bolasepak antarabangsa Argentina, Lionel Messi mahu kembali ke kelab lamanya, Barcelona dan meninggalkan Paris Saint Germain. Semestinya penyokong Barca menanti-nantikan kepulangan legenda mereka pulang bermain di Camp Nou.

Mungkin Messi tak sehebat dulu namun banyak kelab bolasepak yang kaya menginginkan khidmatnya termasuk pemilik kelab dari Timur Tengah, Amerika dan China.

Beberapa minggu lalu Messi dikaitkan dengan perpindahan ke kelab ultra-kaya di Arab Saudi dan akan merancakkan lagi suasana bolasepak di mana penyokong bakal menyaksikan pertembungan antara Messi, Cristiano Ronaldo dan terbaru Karim Benzema.

Mengejutkan apabila Messi mengumumkan beliau memilih kelab yang berasas dari Amerika Syarikat, Inter Miami sebagai destinasi bekerja yang baharu dan sudah tentu mengecewakan para penyokong Barcelona.

Semalam heboh dengan kenyataan daripada Messi membuat kenyataan untuk berpindah ke kelab Miami tersebut dan menyatakan perpindahan ke Timur Tengah bukan lagi menjadi pilihan. 

Messi berminat untuk bekerjasama dengan pemilik bersama Inter Miami, David Beckham dalam saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat.

Maka menangislah fans Barcelona menantikan hero mereka kembali beraksi dalam La Liga. Messi pun dah berada di penghujung karier-nya, mestilah dia akan pergi ke kelab yang boleh bagi 'big money'.