"Mesti Arwah Excited Nak Raya" - Lelaki Ditemui Meninggal Keseorangan, Baju Melayu Masih Tergantung Di Dinding

TERKINI
April 27, 2023 - 05:28 PM


Bila menjelang Hari Raya, sudah semestinya kita sudah mula rasa tak sabar nak pulang ke kampung bersemuka dengan keluarga dan sanak saudara yang kita rindui. Namun, ada juga yang berasa sayu kerana telah kehilangan insan tersayang.

Viral di platform TikTok, satu video yang dimuatnaik oleh @ddqservices ternyata membuat netizen terasa sayu.

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia bersendirian, dua hari sebelum menjelangnya Syawal. Lelaki berkenaan juga dikhabarkan, tidak sabar untuk menyambut hari raya walaupun hidup sendirian tanpa saudara-mara disisi.

Tambah DDQ Services, ketika mereka masuk ke kediaman lelaki terbabit, turut ditemui sepasang baju melayu lengkap dengan sampin dan kasut yang sudah disediakan untuk dipakai pada hari raya nanti.

Tambahnya, ketika masuk ke rumah tersebut, dia berasa terkejut melihat keadaan mayat lelaki melayu itu yang agak tragik.

“Dapat dilihat pada air yang keruh, ulat sampah sedang berenang-renang di takungan air dirumah berkenaan, akibat dari sistem perparitan yang sudah tersumbat,” luahnya.

Katanya, kisah lelaki berkenaan turut mendatangkan rasa sayu didalam hati serta mengajar dia untuk sentiasa menghargai orang disekeliling, mengeratkan hubungan persaudaraan dan sentiasa membantu insan yang memerlukan.

Pemilik kedai berdekatan lokasi mayat ditemui turut berkongsi, sebelum ini dia pernah berbual dengan lelaki terbabit dan dia pernah bercerita untuk memiliki sebuah rumah sendiri suatu hari nanti.

 

Destination: