Musang King – Durian Baka Terbaik

TERKINI
November 16, 2017 - 11:09 AM


Durian Musang King merupakan durian yang termahal di negara kita. Berikutan permintaan yang tinggi terhadap D197 atau Musang King ini menyebabkan harganya melambung naik di luar negara.

Ini merupakan fenomena yang luar biasa kerana sebelum ini, orang luar atau pelancong tak suka akan bau atau rasa durian ini. Menurut laporan, buah berkenaan mendapat sambutan yang baik terutama di China, Hong Kong dan Australia.

Dikatakan disebabkan perkara itu, harga durian Musang King ini di pasaran tempatan mampu mencecah RM60 hingga RM 100 di pasaran tempatan manakala harga di pasaran dunia mencecah RM 800 sekilogram.

Menurut satu laporan oleh Harian Metro, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan mengalakkan usahawan di Malaysia untuk menceburi penanaman durian terutamanya Musang King yang mampu memberikan pulangan lumayan.

Jabatan tersebut sedang mencari 50 peserta yang berminat untuk mengusahakan penanaman durian ini bermula tahun hadapan. Bagi siapa yang berminat, mereka boleh menghubungi pejabat pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Sumber : Harian Metro Online