Nak Tahu Apa Kesalahan Cikgu Yang Diiktiraf Cemerlang Oleh Kementerian Tapi Tiba-Tiba Dibuang Kerja? Ini Kronologinya!

TERKINI
October 17, 2022 - 12:04 PM


Baru-baru ini viral di media sosial mengenai suatu kejadian di mana seorang guru yang diiktiraf 'Cemerlang' oleh Kementerian Pendidikan -- namun tidak semena-mena guru lelaki tersebut tiba-tiba berdepan dengan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat!



Ini semua berlaku didakwa hanya gara-gara guru berkenaan menyuarakan kebimbangannya mengenai masalah yang dialami pelajar iaitu :-

1. Beg berat bahaya pada anak-anak kita
2. Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri
3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas.
4 Subjek yang banyak murid belajar
5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi
6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.

Selepas kecoh mengenai tindakan tidak adil dan berat-sebelah itu kepada tenaga pendidik -- hanya baru-baru ini sahaja Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan hasratnya mahu bertemu guru terbabit.

Perkara itu dimuat naik beliau hanya selepas telah diumumkan pembubaran Parlimen dan kini tidak lagi menyandang jawatan Menteri secara rasmi -- yang mana netizen menyifatkan respon Datuk Dr Radzi Jidin antara 'taktik' kerana Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan tidak lama lagi.

Malah, guru terbabit iaitu Mohd Fadli Salleh turut meluahkan kekecewaannya kerana selepas bertahun-tahun dia cuba menarik perhatian Menteri Pendidikan itu -- akhirnya dia diajak berjumpa hanya selepas posting tersebut tular di media sosial.

Berikut adalah thread yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter mengenai kronologi dan apa sebenarnya yang telah menimpa Cikgu Mohd Fadli itu. Jom baca!
 

Destination: