
"Nasib Baik Ada Yang Datang Bantu!" - Wanita Trauma Awang Hitam Panjat Kereta
VIRALJuly 20, 2023 - 11:37 AM
Sejak kebelakangan ni, macam-macam kejadian pelik yang berlaku di negara. Ada sahaja onar yang dibuat oleh warga asing. Terbaharu, seorang wanita berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba melompat di hadapan kenderaannya.
Awang hitam panjat, guling atas kereta, pemandu cemas diserang 'peminta sedekah' di Kampung Pandan
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 19, 2023
Oleh RIZAL ZAINAL
TULAR
Rabu, 19 Jul 20232:52 PM MYT
SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila didatangi lelaki warga asing yang memanjat keretanya ketika memandu di bulatan… pic.twitter.com/0JeUcDys8x
Menurut perkongsian video di Instagram wanita tersebut katanya, kejadian berlaku ketika dia sedang melalui kawasan di bulatan Kampung Pandan pada petang semalam.
“Pada mulanya saya memandu perlahan kerana sedang melihat aplikasi Waze, tiba di bulatan, lelaki ini tahan kereta dan mahu saya melanggar dia. Masa saya rakam video ini, sudah seminit juga dia tahan kenderaan saya.
“Saya undurkan kenderaan, tetapi dia kejar saya dan mula panjat kereta saya. Kereta banyak lalu-lalang tapi tiada siapa yang berhenti untuk membantu,” tulisnya.
Katanya, dia kemudian dibantu oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal dan telah melihat kejadian itu dari awal.
“Laporan polis sudah dibuat kerana bimbang jika ada yang mendakwa saya telah melanggar individu tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan juga memaklumkan dia tidak sempat berterima kasih kepada lelaki yang membantunya dan meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengenali individu terbabit.
Destination: