"Oh, Inilah Isteri Kedua" - Abang Tesla Terbang Bertiga Ke Umrah Dan Turki

TERKINI
September 06, 2023 - 11:15 AM


Satu Malaysia mesti dah kenal Abang Tesla kita ni. Setelah dihujani pelbagai kontroversi, dia akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.

 Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry memuat naik gambar bersama kedua-dua isterinya sebelum berangkat menunaikan umrah dan melancong ke Turki di akaun Instagramnya.

Sebelum ini, Abang Tesla tidak pernah menunjukkan muka isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, walaupun sudah menjadi sepasang suami isteri.

Susulan pelbagai reaksi pengguna media sosial khususnya wanita yang meninggalkan komen selepas melihat muka isteri kedua Abang Tesla buat pertama kali.

Abang Tesla menikahi isteri keduanya selepas beberapa bulan berkenalan menerusi platform media sosial. Dia turut memaklumkan selesai menikah, dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.

Destination: