
Ooopss..Rami Malek Jatuh Dari Pentas Lepas Menang Oscar!
VIRALRami Malek bukan sahaja membawa pulang trofi Anugerah Oscar 2019 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Ahad malam (awal pagi waktu Malaysia) , malah dia turut membawa balik luka apabila terjatuh dari pentas di mana berlangsungnya anugerah berpestij itu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menerusi beberapa gambar yang tersebar di media sosial, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat terjatuh dari pentas utama dan dia sempat menyentuh lantai dalam keadaan wajah yang terkejut.
Pasukan paramedik kemudian dipanggil untuk merawat aktor berketurunan Mesir itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui sejauh mana parah luka yang dialami oleh Malek.
Akibat insiden tersebut, Malek yang berjaya merangkul anugerah itu menerusi wataknya sebagai vokalis Queen, Freddie Mercury dalam filem Bohemian Rhapsody juga dikatakan ketinggalan untuk bergambar dengan semua pemenang Oscar bagi kategori lakonan filem.
Antaranya Pelakon Wanita Terbaik, Olivia Colman; Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Mahersala Ali dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Regina King.
Sebelum itu, Malek turut dipuji netizen selepas menyampaikan ucapan kemenangan yang sangat memberi inspirasi berdasarkan pengalaman selama 15 tahun karier lakonannya serta cabaran yang ditempuhi sebagai seorang anak pendatang Mesir.
P/S: Kami akan update kalau-kalau terjumpa video insiden Rami Malek tergolek dari pentas ni eh. Hehe~
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video