Patutlah Dilabel Ada Gangguan Personaliti, Ini 7 Kes Melibatkan Caprice Bulan Ini Je!

TERKINI
October 25, 2022 - 03:20 PM


Nama Caprice bulan ini memang trending, kadang-kadang naik muak juga asyik berita dia jer yang lalu dekat timeline media sosial. Apakah Caprice tidak ada kerja lain kah selain membuat "review" isu-isu semasa? Lebih baik fokus kepada buat lagu ataupun bisnes yang sedia ada. Jiwa pun tak sakit untuk berhadapan dengan kritikan netizen. 

1. “Masih Waras Nak Bela Mangsa” – Didakwa Ada Gangguan Personaliti, Caprice Perli Doktor Balik?

Disebabkan itu, seorang pakar perubatan memberitahu di laman TikToknya bahawa penyanyi rap, Caprice menghidap masalah gangguan personaliti. 

Pakar perubatan yang bernama Sabri Matsain itu memberi pandangan peribadinya selepas pengikut bertanya mengenai personaliti penyanyi tersebut dan dia mengklasifikasikan Caprice sebagai pesakit Histrionic Personality Disorder (HPD).

Susulan itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli itu tidak mendiamkan diri dan tampil bersuara apabila dituduh oleh ‘doktor’ terbabit bahawa dia hidap gangguan personaliti. - beautifulnara.com

2. Caprice Nak Belanja Rakyat Malaysia Beras, Minyak Dan 3 Lagi Barang Lain Di Mydin

Selepas menuntut permohonan maaf dari pihak Mydin kerana telah membuat hantaran seolah menyindirnya, terbaru, Caprice ingin belanja rakyat Malaysia untuk membeli belah di pasaraya itu.

Menerusi hantarannya di Insta Story telah menyampaikan hasrat untuk belanja sesiapa sahaja untuk membeli belah di pasar raya Mydin pada minggu hadapan.

“Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga barang pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana anda nak Cap belanja,” tulisnya. - getaran.com

3. Caprice Panas, PU Syed "Tegur" Suruh Jaga Aurat Isteri Susulan Pendedahan Kes Pendakwah Selebriti

Susulan pendedahan Caprice tentang kes amang seksual yang melibatkan PU Azman, PU Syed semalam telah memberikan sepatah dua kata mengenai kes dan pendedahan tersebut.

Menurutnya, Malaysia ada pihak berkuasa yg boleh diaju dan diadukan jenayah yg berlaku dan tindakan Caprice yang mendedahkan info tentang perbualan dan perbuatan yang dilakukan oleh PU Azman adalah tidak wajar.

Selain itu, sempat PU Syed memberi "teguran" perihal aurat isteri Caprice. Respon dari Caprice ternyata tidak setuju dengan kenyataan PU Syed dan berasa tersinggung akan kenyataannya. - rileklah.com

4. “Kenapa dia nak terasa?” – Bakal Disaman RM30 Juta, Bos Besar Mydin Akhirnya Buka Mulut

Terbaru, Caprice telah memaklumkan bahawa dia ingin menyaman pasar raya Mydin ekoran salah satu hantaran mereka yang didakwa telah memalukan dirinya.

Ekoran ini juga, Caprice telah meminta agar pihak Mydin membuat video permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan sekiranya gagal, dia akan menyaman pasar raya tersebut sebanyak RM30 juta.

Namun begitu, Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin tidak melatah dengan tindakan yang bakal dibuat oleh Caprice ini. Malah, dia menegaskan bahawa pihaknya tidak membuat apa-apa kesalahan dalam mana-mana ciapan yang dimuat naik di media sosial lapor kosmo. - lobakmerah.com

5. “Kau Takde Kerja Ke?!” – Ulas Isu ‘Mawla’ Konon Permintaan Ramai, Netizen Dah Muak Dengan Caprice

Menerusi perkongsiaan hantaran terbaru yang dimuat naik oleh Caprice, dia memaklumkan akan bertemu dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membincangkan isu lelaki mendakwa dirinya cicit Nabi Muhammad SAW.

Menurut Caprice, pertemuan bersama JAKIM dilakukan kerana banyak permintaan daripada warganet untuk mengetahui status sebenar individu dikenali sebagai Sayyid Muhammad Amin.

Makluman tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mempersoal kenapa Caprice perlu masuk campur dalam hal ini juga, sedangkan isu bersama seorang guru baru saja selesai. - beautifulnara.com

6. Kes Cikgu Fadil “U Know Who U Are..” – Caprice Gesa Permohonan Maaf, Ugut Dedah Rahsia ‘Cikgu’

Sebelum ini, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadli dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana meluahkan pendapatnya mengenai silibus pelajaran di Malaysia.

Menurut Fadli, silibus pendidikan di sekolah terlalu padat selain menyuarakan isu-isu lain seperti beg berat dan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sebuah kelas.

Malah, isu berkenaan turut dikatakan telah menarik perhatian penyanyi rap sensasi, Caprice yang ingin mengulas mengenai isu tersebut lebih lanjut di media sosial.

7. “Tapi Din Tak Pernah Kiss Pun” – Caprice Dedah Perbualan ‘Ustaz’ Pancing Budak Di Whatsapp

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice ada mendedahkan bukti perbualan didakwa melibatkan PU Azman dan seorang remaja lelaki.

Terbaru! Menerusi IG Story, Caprice sekali lagi menunjukkan screen record seorang ustaz yang tidak disebutkan namanya bersama seorang individu di Whatsapp. Kalini nampak lagi menyeramkan! - ohmedia

_____

Kalau nak kaji lagi kes yang melibatkan dia ni memang tak habis sehari, mungkin kena buat rancangan bersiri. Semua isu nak diulasnya. Walaupun niatnya mungkin baik nak tolong mangsa namun adakalanya lebih baik kita bersederhana dalam membuat sesuatu, bukankah itu yang dituntut dalam Islam kan?

Tak hairanlah kenapa Caprice dikaitkan penyakit Gangguan personaliti histrionik (HPD). Gangguan personaliti histrionik (HPD) ialah gangguan psikiatri yang menjadikan seseorang individu itu mempunyai corak emosi yang berlebihan dan membuat tingkah laku yang boleh menarik perhatian.

Menerusi laman TikTok miliknya, individu tersebut yang juga seorang staf perubatan mengatakan Caprice menunjukkan beberapa ciri-ciri gangguan personaliti dan ia membuatkan aktivis kemanusiaan itu sering melakukan perkara-perkara yang menarik perhatian, disebabkan itu individu terbabit mengatakan Caprice menghidap gangguan tersebut.