Penangan Filem Pengabdi Setan 2. Lokasi Penggambaran Rumah Pangsa 11 Tahun Tak Berpenghuni 'Diserbu'!

TERKINI
August 12, 2022 - 07:32 PM


Filem seram dari negara jiran Indonesia iaitu Pengabdi Setan 2 yang baru sahaja ditayangkan di panggung wayang telah mula menjadi fenomena.

Penangan filem sambungan Pengabdi Setan 1 itu bukan saja mula terasa di negara pengeluarnya, bahkan telah menjadi buah mulut di negara kita, Malaysia.

Filem arahan pengarah terkenal, Joko Anwar itu menjadi semakin viral apabila lokasi penggamarannya iaitu  sebuah rumah pangsa yang sudah lama tidak dihuni 'diserbu' oleh beberapa content creator serta selebriti media sosial.

Rumah pangsa yang sudah 11 tahun tidak berpenghuni itu berjaya dikesan oleh netizen dengan lokasinya terletak di Sumber Arta, Bekasi iaitu 30 kilometer dari Jakarta, Indonesia.

Susulan daripada itu, orang ramai dilihat berpusu-pusu datang ke rumah berkenaan untuk bergambar serta membuat konten di media sosial.

Mereka hadir ke lokasi itu kerana perasaan ingin tahu selepas menonton filem tersebut.

Menurut seorang petugas di kawasan parkir -- mereka datang ke rumah pangsa berkenaan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana bimbang akan berlakunya kejadian tidak diingini memandangkan bangunan terbabit sudah lama tidak berpenghuni.

Dalam pada itu, pihak penguatkuasa menjelaskan bahawa pihak pengurusan rumah pangsa berkenaan meluahkan rasa kesal dengan kuasa viral sehingga menyebabkan kawasan terbabit dipenuhi orang awam.

Mula ditayangkan sejak 4 Ogos lalu, keesokannya ada laporan mengatakan ramai orang datang dan naik ke tingkat atas di mana berlakunya proses penggambaran filem Pengabdi Setan 2, lebih-lebih bagi mereka yang gemar dengan elemen konten berunsurkan aktiviti paranormal.

Sumber: Detik.com

Destination: