Rasai Mati Untuk Seminit – Permainan Viral Ini Kini DIharamkan!

TERKINI
October 19, 2017 - 10:07 AM


Cuba lihat video ini :

Mati / Pengsan untuk beberapa saat kini menjadi ‘trending’ di Malaysia. Walaupun video diatas berlaku di Indonesia, sebenarnya challenge ini juga viral di Malaysia.

Inilah bahayanya apabila budak-budak senang terpengaruh dengan apa yang dilihat mereka di media sosial. Pada mereka, ini mungkin ‘cool’ tapi mereka tidak sedar yang perbuatan ini mampu untuk membunuh.

Sedar akan ketularan permainan ini di sekolah -sekolah di Malaysia, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan bahawa permainan ini diharamkan serta merta. Pass-out challenge ini dilakukan dengan menekan dada rakan dan tindakan ini akan menyebabkan rakan tersebut pengsan selama beberapa saat.

Memang patut aktiviti seperti ini diharamkan! Ini kerana seorang pakar perubatan memberi amaran bahawa permainan terbabit berisiko untuk menyebabkan kecacatan kekal pada otak.

Sekiranya sel otak tidak menerima oksigen, organ tersebut boleh rosak dan boleh mendorong kepada ‘mati otak’.

 

Menurut pengalaman saya sendiri, saya mendapat tahu challenge ini daripada sepupu saya. Memang pada mulanya ingin mencuba dakwaan aktiviti ini boleh membuatkan kita pengsan. Caranya, saya dikehendaki menahan nafas, dan dada akan ditekan sehingga saya tidak sedarkan diri.

Memang benar! Menurut video yang dirakam, saya didapati jatuh perlahan-lahan sebelum sedarkan diri selepas 30 saat.

Jangan kecam saya ye. Ini dilakukan sebelum perkara ini tular dan saya sendiri tidak tahu yang ia boleh membawa kepada mati otak seperti yang dinyatakan oleh laporan pihak Bernama.

Nasihat saya, ibu-bapa dan guru perlu memantau kegiatan murid-murid di sekolah dan juga dirumah supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

 

Sumber : Bernama