Restoran Yang Disangka Halal Rupanya Tak!
Ramai pempengaruh atau 'influencer' yang menerima tawaran untuk mengulas dan reviu di kedai makan dan serta-merta kedai makan atau restoran tersebut viral serta menerima ramai pelanggan.
Tetapi ada satu kegusaran yang bermain di minda masyarakat kita iaitu adakah kedai tersebut halal?
Sijil halal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang sepatutnya dimohon oleh pengusaha-pengusaha restoran, tetapi mereka tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.
Di negara kita ini terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan dari pelbagai bangsa dan etnik dan tidak semuanya mempunyai sijil halal.
Seorang lelaki menerusi satu perkongsiannya di Facebook mendedahkan kebenaran di sebalik industri yang diceburinya dan meminta masyarakat Muslim berwaspada kerana ianya adalah lebih rumit daripada yang disangka.
Menurut beliau yang tidak ingin dedahkan namanya menasihati agar orang ramai berhati-hati dengan kedai makan yang mengatakan makanan mereka sebagai 'mesra Muslim'.
"Ada yang kena paksa beritahu pelangga Melayu bahawa kedai mereka 'Muslim friendly' walaupun mereka tahu barang supplier yang dipakai tak halal, tempat tak bersih dan tukang masak pengotor" tambahnya.