RM10 Sahaja Tiket Masuk Ke Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City!

PANAS
June 17, 2019 - 12:24 PM


Ini berita baik dan peluang keemasan bagi korang yang merancang untuk membawa anak-anak dan keluarga pergi bercuti.

Sempena Ulang Tahun Ke-10 Bukit Gambang Resort City mengumumkan promosi harga tiket masuk serendah RM10 sahaja termasuk untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Promosi ini ditawarkan untuk kawasan taman tema air sahaja.

Bagi tiket masuk ke Taman Safari pula adalah RM32 untuk dewasa dan RM22 kanak-kanak.

Namun, paling berbaloi adalah pakej ‘staycation’ yang ditawarkan pada separuh harga sempena ulang tahun ke-10 Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

Bagi yang berminat, tiket boleh dibeli secara atas talian melalui https://bgrc.com.my/bgrc-10th-anniversary-promotion/.

Tempahan tiket adalah bermula pada 10 Jun hingga 24 Julai 2019 untuk digunakan dari 18 Julai sehingga 24 Julai 2019.

Jadi tunggu apa lagi, jomlah tempah tiket anda sekarang sebelum kehabisan!

Sumber: BGRC

Destination: 
;