"Sah! Dia Penyanyi No.1 Negara Yang Sebenar!" - Netizen Terhibur, TokTi Sahkan Dato Alif Syukri Penyanyi Terulung Negara

TERKINI
April 05, 2023 - 02:16 PM


Ada-ada sahaja cerita tentang Datuk Aliff Syukri. Sebelum ni, kecoh tentang video klip lagu raya Datuk Aliff Syukri yang berbaju melayu ketat yang bakal keluar tak lama lagi.

Kini, beliau berjaya merampas takhta atau status sebagai penyanyi nombor satu negara dari Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Perkara itu ‘diakui’ oleh Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti sewaktu membalas komen Aliff Syukri secara berseloroh pada Instagram beliau.

Dalam masa sama, Siti Nurhaliza turut melayan mesra komen tersebut dengan ‘mengakui’ Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu.

“Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” ujar beliau.

Destination: