"Salah Ke Saya Sukakan Laki Orang?" - Gadis Keliru Minta Pendapat Ramai

TERKINI
May 29, 2023 - 04:23 PM


Sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia meminati seseorang apatah lagi si dia bujang, good-looking dan bonus jika ada banyak duit. Kalau sama-sama bujang takkan ada sesiapa yang pertikaikan sebab belum dimiliki oleh seseorang.

Tapi berlainan dengan satu perkongsian seorang wanita di Tiktok yang meminta pendapat netizen -- adakah salah untuknya bercinta dengan suami orang dan telah mendapat banyak reaksi dari netizen antaranya ada yang menegur serta ada juga marah dengan hubungan itu mengatakan ia sepatutnya tidak terjadi.

Menurut wanita itu dia pernah terlintas untuk menamatkan hubungan tersebut tetapi disebabkan sayang menyebabkan mereka berdua masih bertahan degan hubungan itu.

Wanita tersebut berkata tiada salahnya dia bercinta dengan suami orang jika sudah suka sama suka namun tetap tak sampai hati untuk bertemu dengan madunya sekiranya dia dengan lelaki terbabit sudah berkahwin.

"Salah ke saya bercinta dengan suami orang? Tapi saya tak sanggup tengok wajah isteri dia dan dia pun tak nak melepaskan saya

"Hmm. Kami dah nak kahwin tahun. Apa patut saya buat? Apa yang terbaik, tolong saya" katanya meminta pendapat orang ramai dalam video tersebut. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan telah pun dipadam oleh pemilik akaun berkenaan.

Rata-rata mereka yang menonton video tersebut memberi kritikan kepada lelaki terbabit kerana tidak jujur dan melayani perempuan seolah-olah masih bujang. Netizen menasihatkannya untuk menggesa lelaki tersebut memberitahu hal sebenar kepada isterinya sebelum meneruskan untuk berkahwin kali kedua.

"Belakang isteri pun boleh curang dik, nanti dia kahwin dengan kau pun curang juga. Sebelum buat sesuatu fikirlah dulu dik. Takut kifarah berbalik pada awak je" antara komen yang mendapat likes tertinggi.

"Poligami adalah halal. Hati-hati dalam mengecam, takut silap kecam hingga mempertikaikan hukum yang Allah SWT benarkan. Silap-silap jatuh murtad" komen Narapati Nantaboga.

Memang betul poligami tu tak haram dan dibenarkan tapi kena ingat, curang tu haram ya. Sudahlah curang, sering keluar berdua pula tu. Kalau terserempak dengan orang yang kenal, kan tak manis tu.