'Saya Bukan Nakkan Wafa Pun, Saya Ada Standard Perempuan Yang Saya Mahukan' - Iqbal

TERKINI
November 11, 2022 - 06:12 PM


Iqbal Zulkefli nyata kecewa dan terkilan dengan kenyataan aktres Wafariena.

Usahawan itu tampil mempertahankan diri apabila dikatakan sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik foto berdua di media sosial.

Kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, dia kecewa apabila Wafariena bersikap tidak profesional sehingga isu remeh ini menjadi bualan ramai.

Saya paling terkesan apabila ibu Wafa yang memberikan jawapan... kenapa bukan Wafa sendiri?

“Beritahu dan jujur saja... saya pun ada juga pengurus di belakang saya tapi kita ni bukanlah tahap macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa untuk serahkan kepada pengurus jawab sahaja sendiri.

“Jawab dan berdepan sendiri, kita buat perkara tu secara profesional sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Iqbal turut menegaskan bahawa Wafariena bukanlah gadis idaman yang dia mahukan.

“Tidak pernah sekali pun saya mengurat Wafa! Jujur saya beritahu saya bukan nakkan Wafa pun!

“Wafa kena tahu yang saya tiada perasaan pun terhadap Wafa dan saya pun ada standard dan kriteria perempuan yang saya mahukan,” ujarnya.

Sumber: cari