"Saya Dilempang Oleh Makcik Gila!" - Wanita Kongsi Pengalaman Dilempang Ketika Naik LRT
TERKINIWarga kota Kuala Lumpur memang gemar menggunakan servis pengangkutan awam untuk ke suatu destinasi kerana dapat mengelak dari kesesakan lalu lintas. Namun, tanpa kita sedari ancaman bahaya boleh berlaku di mana-mana sahaja.
❗️SAYA TELAH DILEMPANG OLEH MAKCIK GILA DI STESEN LRT HANG TUAH❗️
— loy (@pei_loy) February 23, 2023
Please take the time to go through this thread so that you can become aware of the risks around you and take precautions. I never once expected being slapped by a total stranger.
Seorang pengguna Twitter @pei_loy berkongsi satu igauan ngeri yang berlaku tanpa diduga ketika menaiki LRT. Dia telah dilempang oleh seorang wanita asing tanpa sebab! Kejadian itu berlaku di stesen LRT Hang Tuah. Dia bersama rakannya ketika itu sedang beratur untuk keluar dari tren.
Terkesan dengan tindakan wanita tersebut, mereka menjerit dalam usaha untuk mendapat bantuan dari pihak polis yang sedang bertugas. Berdasarkan pemerhatian polis, mereka berpendapat wanita tersebut tidak waras.
Tidak tamat di situ, Pei Loy dan rakannya pergi ke platform 1 dan sekali lagi bertemu dengan makcik tersebut. Rakannya bertindak untuk menegur perbuatannya namun makcik tersebut bertindak agresif sekali lagi.
Setelah dia mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan diri, dia terus menampar pipi kawan saya sehingga menyebabkan cermin mata rakan saya jatuh ke atas lantai dan pecah sebelah. Selepas itu, makcik itu telah ditahan dan segala siasatan telah dilaksanakan dengan cepat. pic.twitter.com/SUNvZ8kFYg
— loy (@pei_loy) February 23, 2023
Dengan bantuan dan tindakan pantas pihak polis makcik itu berjaya ditahan. Sejurus selepas itu, meraka terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Netizen memuji tindakan pantas pihak polis dalam menjaga keselamatan para pengguna pengangkutan awam.
Selama ini, mereka terpaksa mengorbankan waktu rehat dan waktu makan hanya untuk membawa kami ke balai polis untuk membuat laporan dan sebagainya. Mereka juga sanggup menghantar kami balik ke stesen Hang Tuah sehingga kami berjaya menaik ke LRT. @Official_MAPA pic.twitter.com/3xM0MbvRoZ
— loy (@pei_loy) February 23, 2023