Selepas Ini, Kita Tidak Perlu Bawa Passport Untuk Keluar Negara – Begini Caranya…

TERKINI
June 27, 2019 - 11:42 AM


Masa depan industri pelancongan dijangkakan akan turut berkembang selari dengan perkembangan dunia digital melalui konsep ‘paperless’ dan inisiatif ini diperkenalkan oleh Forum Ekonomik Dunia (WEF).

Program yang dikenali sebagai Known Traveller Digital Identity atau KTDI secara ringkas ini akan membolehkan kesemua pengguna yang menggunakan laluan udara boleh terbang tanpa perlu bawa dokumen untuk keluar atau masuk ke mana-mana negara.

Projek ‘pilot’ program ini sebenarnya telah dilaksanakan dan beberapa siri ujian akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Menurut WEF, mereka yang telah terpilih untuk melakukan ujian ini hanya perlu membawa telefon pintar mereka dan laluan yang terpilih adalah Kanada dan Belanda.

Sebenarnya, program ini diperkenalkan disebabkan kapasiti penumpang yang memilih untuk menggunakan laluan udara semakin bertambah dan ianya menjadi tekanan kepada sistem dan juga kapasiti lapangan terbang.

KTDI berfungsi untuk mempercepatkan proses kemasukan pelancong di lapangan terbang dan seterusnya mengurangkan risiko kecurian identiti.

Menurut kajian, menjelang 2030 dijangkakan seramai 1.8 billion penumpang akan menggunakan laluan udara dalam masa sehari dan ini adalah 50% lebih banyak daripada tahun 2016. Dengan sistem yang ada pada kebanyakan lapangan terbang, ianya akan menjadai masalah buat mereka menjelang 2030 nanti!

SISTEM KTDI

Dengan adanya KTDI nanti, penumpang yang tiba di mana-mana lapangan terbang akan ‘membawa’ maklumat berkenaan identiti mereka melalui data sulit yang akan disimpan di dalam telefon pintar masing-masing. Ini akan menggantikan dan berfungsi sebagai mikrocip yang ada pada passport sekarang.

Segala info berkaitan akan dihantar kepada syarikat penerbangan, pihak berkuasa sempada dan lain-lain agensi yang terlibat sebelum penumpang tiba di airport. Maklumat-maklumat ini akan dihantar atas persetujuan penumpang. Secara tak langsung, kita dapat kawal maklumat apa yang diberikan dan sebagainya berbanding passport sekarang.

Digabungkan dengan sistem biometrik seperti cap jari atau imbasan muka, perjalanan keluar dan masuk ke dalam sesebuah negara akan menjadi lebih pantas dan tidak memerlukan kita bawa passport atau sebarang kertas lagi.

Katanya, menjelang 2020 sistem ini akan dilaksanakan tetapi ia bergantung juga kepada kesediaan atau kerjasama antara negara-negara dan pihak yang terlibat seperti pengeluar teknologi, industri penerbangan, pihak berkuasa sempadan dan lain-lain.

Harap jadilah... Tak payah beratur panjang-panjang, lama-lama.