Selepas Tudung Zarina Anjoulie Terbang, Kini Masa Untuk Selak Baju Tunjuk Bra Merah Pula

April 22, 2019 - 03:42 PM


Tengah kecoh tentang Fathia Lati buka tudung, yang ini pula bekas kawan baik dia. Zarina Anjoulie memang tak habis-habis buat hal. Tak cukup dengan mulut lancang, perangai pun makin tak senonoh kata netizen.

Dulu elok je bertudung, sekarang kalau buat live tudung tercabut entah ke mana. Palin baharu bila baju pun dia selak. Nah, nampak perut, bra merah pun nak tunjuk!

Alasannya nak promosi produk sampai jatuhkan maruah sendiri. Sebenarnya produk tu pakai di punggung. Nasib baik bukan punggung yang diselaknya. Kalau tak? Ha, memang free je dia 'belanja'.

Ada yang kata Anju ambil benda-benda terlarang, sebab tu perangai lain macam. Entah, tak boleh sesuka hati je nak tuduh. Fitnah pula jadinya nanti.

Tolonglah nasihat sikit, kesian anak yang tengah nak membesar. Bila besar nanti tengok video ibu dia macam ni, sedih budak tu nanti