"Sempat Buat Live Sebelum Terhempas" - Momen Ngeri Sebelum Tragedi Yeti Airlines

TERKINI
January 16, 2023 - 11:25 AM


Sebuah pesawat yang membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di bahagian tengah Nepal, mengorbankan 68 orang, lapor Reuters.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, pesawat itu kelihatan terbang rendah melintasi sebuah kawasan berkepadatan penduduk tinggi sebelum membuat belokan tajam.

Pesawat Yeti Airlines itu sedang dalam penerbangan dari bandar pelancongan Pokhara ke Kathmandu, dan dipercayai terhempas sewaktu hendak melakukan pendaratan.

Viral satu klip video yang memaparkan momen sebenar sebelum terhempasnya Yeti Airlines. Berdasarkan video, salah seorang penumpang membuat satu sesi live tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku terhadap kesemua penumpang pesawat.

Difahamkan, terdapat 68 penumpang berada dalam pesawat, termasuk sekurang-kurangnya 15 warganegara asing dan empat petugas kabin.

Seramai 200 anggota tentera Nepal digegaskan ke lokasi nahas di kawasan lembah Sungai Seti, yang hanya sejauh 1.5 kilometer dari lapangan terbang.

Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan anggota Kabinetnya, selain menggesa agensi-agensi berkaitan segera membantu operasi pencarian mangsa.

Dari keseluruhan penumpang, sejumlah 53 orang dilaporkan warga Nepal. Turut berada dalam pesawat itu ialah penumpang warga India sejumlah lima orang, warga Rusia (empat) dan Korea (dua), serta masing-masing seorang dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis.

Destination: