"Semua Dia Petik" - Ustazah Afifah & Suami Nak Saman Amin, UAI Dan Ramai Lagi!

TERKINI
December 21, 2022 - 12:05 PM


Baru-baru, penceramah bebas atau lebih dikenali sebagai pasangan kontroversi, Ustazah Siti Afifah bersama suaminya, Zaidi Tohrin mendedahkan bakal menfailkan saman kepada beberapa individu terkenal atas dakwaan difitnah menerusi satu sesi live di TikTok.

Antara nama yang ‘dipetik’ adalah penceramah motivasi, Amin Idris, UAI dan Penolong Mufti Wilayah Persekutuan.

Respon dari tuan punya badan, Amin menyatakan dia bersedia untuk berentap di mahkamah dengan Siti Afifah dan Zaidi menerusi satu posting di Instagram. Tambah Amin, peguam sentiasa bersedia setiap masa.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

Dalam pada itu, Amin turut membidas pasangan suami isteri yang melenting apabila ditegur oleh golongan ilmuan. Kata Amin lagi, ucapan terima kasih yang sepatutnya diberikan bukan ‘meroyan’ di media sosial.

Sebelum ini, Amin mendakwa Siti Afifah tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain. Katanya, orang ramai perlu berhati-hati kerana dakwanya Siti Afifah banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

 

Destination: