"Siap Tinggal Nota Ugutan" - Pengarah 'Mentega Terbang' Diugut Bunuh, Kereta Disimbah Cat & Asid

TERKINI
March 16, 2023 - 06:16 PM


Kereta milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang telah dirosakkan dengan simbahan cat dan bahan asid serta ditinggalkan nota ugutan bunuh, pagi tadi.

Menerusi perkongsian gambar di Twitter @Amerhadiazmi, kelihatan kereta jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih dipenuhi kesan simbahan asid serta cat berwarna merah dan hitam.

“Cat serta asid disimbah ke kereta pengarah dan pelakon Mentega Terbang oleh individu tidak dikenali. Turut ditinggalkan, nota ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga,” katanya dalam hantaran tersebut.

Peguam kepada kedua-dua mangsa, Zaid Malek berkata, anak guamnya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu, pagi tadi.

“Mereka memberitahu kejadian disedari pagi tadi ketika hendak keluar dari rumah. Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan Kajang.

“Persoalannya sekarang, bagaimana orang awak mengetahui yang mana satu kenderaan mangsa dan di mana rumah mereka. Perkara ini perlu diulas oleh pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Zaid, keselamatan anak guamnya turut terancam selepas menerima ugutan mesej selepas memberi keterangan pada pihak polis.

 

Destination: