"Siapa Kata Petik Cili Alasan Minta Cerai?" - Diana Danielle Buka Cerita Sebenar. Ini Sebabnya...
TERKINIIsu kemelut rumah tangga pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil kembali mendapat perhatian ramai selepas Diana mendedahkan mengenai situasi sebenar.
Menerusi Instagram Story, @dianadanielleb -- dia menjelaskan anak perempuannya, Aurora disuruh tidur di atas lantai sebagai pengajaran oleh Farid.
“Petang dia tengking Aurora sebab insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dgn saya, sebab dia sangat takut.
“Dia dipaksa utk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah.
“Saya jadi terkejut, dah la ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dgn saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai,” katanya menerusi Instagram.
Naluri ibu mana yang sanggup melihat anak dilayan sebegitu, namun Farid tetap menghalangnya daripada mengambil Aurora.
“Saya tetap berkeras untuk bawak anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.
“Sebelum saya keluar dari bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas,” tambahnya lagi.
Diana juga meluahkan rasa bimbang kerana dilihat emosi Farid seperti tidak stabil dan keadaan tersebut menakutkan dirinya.
“Aurora tak sengaja. Didik anak jgn sampai dera emosi. Baru jadi pertama kali, dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri, bukan dia niat mencuri.
“Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa hubungi polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya
“Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum tu. Tapi jangan libatkan anak dalam hal ini,” tegasnya lagi.
Dalam satu lagi hantaran, Diana juga seolah-olah meluahkan rasa putus asa untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Menarik apabila sesetengah orang boleh membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi tidak secara peribadi.
“Saya tidak mahu meminta apa-apa lagi, tidak akan minta apa-apa lagi. Sudah,” coretnya.
Terdahulu, Farid dalam satu temu bual bersama sebuah program mendakwa Aurora masuk ke rumah jiran dan memetik cili daripada pokok tanpa izin.
Sebagai seorang bapa, Farid menyatakan dia menegur sikap anaknya dan bertindak mendenda Aurora yang membuatkan Diana tidak berpuas hati.
Disebabkan insiden itu, Aurora didakwa trauma dan tidak bersedia bertemu dengan Farid.
Pada 20 Mac lalu Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.