
[TERKINI] Sah Bercerai! - Syamsul Yusof Lepaskan Puteri Sarah Dengan Talak Satu
VIRAL"Saya ceraikan awak Puteri Sarah, dengan talak satu".
Demikian pengakhiran kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah apabila Pengarah Filem sensasi itu melafazkan cerai terhadap isterinya dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Dalam prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas -- Puteri Sarah bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah mahupun emosi sebaik lafaz cerai tersebut diucapkan oleh Syamsul.
Mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebelum melafazkan cerai, Syamsul dan Puteri Sarah dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang walaupun pada hari perceraian mereka.
Mereka berdua kelihatan bersahaja dan gembira sebaik tamat prosiding tersebut.
Untuk rekod, mereka berdua melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 tahun dan Sumayyah, 5 tahun.
Pada 25 Mei lalu, Mahamah Rendah Syariah memaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah berdamai dalam kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak empat tahun lalu yang mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan kewujudan pihak ketiga.
Apa pun yang berlaku antara mereka berdua dan juga pihak mentua harapnya jumpa jalan penyelesaian dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka.
Sumber: Astro Awani