"Tak Cukup Kena Sidai 50 Minit, Dibalingnya Botol Sos!" - Peniaga Koyak Bila Rider Complain Order Siap Lambat!

TERKINI
September 13, 2022 - 02:54 PM


Perkhidmatan penghantar makanan antara servis yang sangat dihargai di Malaysia. Lebih-lebih lagi pasca pandemik Covid-19. Ramai dah terbiasa dan mula selesa menggunakan perkhidmatan ini khususnya mereka yang duduk di bandar.

Mana tidaknya, hanya perlu capai telefon pintar dan terus membuat pesanan tanpa perlu memandu keluar dan membuang masa. Namun, cabaran menjadi rider penghantar makanan ini, tidak semudah yang disangka.

Perkongsian pengguna Facebook Apek Rider berjaya meraih perhatian netizen. 

@malaysianupdatenews Cakap elok2 kan boleh kak 😌 #malaysianupdate #videoviral #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - Malaysian Update

Menerusi video tersebut, jelas dia berasa tidak puas hati apabila terpaksa menunggu lebih 50 minit untuk pesanan pelanggannya tetapi pihak vendor menyiapkan pesanan yang lain terlebih dahulu.

Akibat terpaksa menunggu lama, beliau bertanya mengapa mengambil masa terlalu lama. Reaksi peniaga tersebut amat mengejutkan. Beliau kelihatan berang dan "koyak". Rider tersebut di maki dan dibaling botol sos.

Wah sikit budi bahasa pun takda ya kak. Netizen tidak melepaskan peluang untuk mengecam reaksi peniaga tersebut. Tabah lah abang-abang rider. Apa-apa pun teruskan usaha dan moga murah rezeki!

 

Destination: