"Terkeluar Darah Pendekar" - Pengantin Lelaki Menggeletar Tubuh Badan, Bersilat Buat Netizen Tertanya-tanya
TERKINISilat antara seni bela diri yang berkait rapat dengan adat dan budaya bangsa orang Melayu. Namun, pada masa kini silat semakin kurang pengamalnya khususnya masyarakat yang hidup di bandar. Silat yang juga boleh dianggap sebagai warisan bangsa wajar diteruskan supaya kekal relevan tak telan dek zaman.
Antara yang selalu menjadi buah mulut orang ramai, silat sering dikaitkan dengan perkara mistik. Benar atau tidak kita patut merujuk mereka yang pakar. Baru-baru ini viral di platform TikTok, satu video dimana membuat netizen tertanya-tanya.
@lisyanady._ darah pendekar
♬ Mentera Semerah Padi - M. Nasir
Menerusi video tersebut, jelas menunjukkan sepasang pengantin sedang duduk bersanding. Secara tiba-tiba tubuh pengantin lelaki menggeletar dan terus berlari ke hadapan. Selepas itu, tanpa membuang masa lelaki tersebut terus membuka langkah silat.
@lisyanady._ ni part 2! maaf lambat
♬ Mentera Semerah Padi - M. Nasir
Pengantin lelaki tersebut berjaya ditenangkan apabila seorang lelaki datang 'mengunci' gerakan silat si pengantin lelaki. Wah first time tengok, memang teruja dibuatnya!