"Sampai Terpaksa Tanggal Baju" - Wanita Russia Dedah Cara Panjat Merdeka 118
TERKINIAksi pasangan Russia yang menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit mengejutkan hampir seluruh negara. Ada netizen yang mengecam, kagum dan ada juga persoal faktor keselamatan yang longgar di bangunan tersebut.
Pasangan tersebut dipercayai sudah meninggalkan negara akibat diburu polis dan juga pihak media. Setelah beberapa hari, wanita yang membuat aksi berani mati itu berkongsi pengalamannya di Twitter.
⚡️The time has come and I'd love to share the giga story how I climbed the incredible Merdeka 118⚡️
— Angela Nikolau (@AngelaNikolau_) January 4, 2023
Couldn't help adding @steveaoki music here as it was playing in my head when I was standing on top of the world.
Feel the dizziness of being there with me
Back to the story👇 pic.twitter.com/PYtwbzLX9T
Dia menyatakan bahawa telah jatuh cinta pandang pertama terhadap bangunan pencakar langit Merdeka 118. Dia merasakan dirinya terpanggil untuk berkongsi permandangan di puncak kepada khalayak ramai.
Persediaan yang dilalukan juga rapi. Dia menyewa satu apartment yang terletak berhampiran dengan Merdeka 118 untuk memerhatikan bangunan tersebut dan juga mencari maklumat penting untuk memastikan semuanya berjalan lancar sebelum menceroboh.
Setelah 10 hari memerhati, dia memulakan misinya. Nikolou memakai hijab, cermin mata dan juga uniform uniform buruh untuk memudahkan dia menyelinap masuk melalui sekuriti. Dia berlari sehingga ke tinggat 32 yang pertama. Dia sudah mulai rasa kepanasan dan terpaksa berehat di lantai tanpa pakaian dan minum segala air yang dibawa.
Namun, dia lalai dan perkara itu memakan dirinya apabila pihak sekuriti sedar akan kehadirannya melalui CCTV. Dia terpaksa melarikan diri dan menyorok di dalam sebuah kotak konkrit selama 20 jam.
25 jam kemudian, akibat menyorok terlalu lama tanpa makanan, air dan tidur yang cukup badannya mulai sakit. Dia tidak boleh menangis atau membuat sebarang bunyi kerana pihak sekuriti betul-betul berada dekat dengannya.
Tiga jam kemudian, dia nekad untuk meneruskan misinya. Jika ditangguh dia pasti tidak berdaya akibat terlalu penat. Dia mengambil kesempatan ketika pihak sekuriti keluar rehat. Di saat itulah dia bermula memanjat ke puncak Merdeka 118
Puncak tersebut setinggi 53 tingkat dan memanjatnya sambil membawa beg seberat 15kg bukan satu perkara yang mudah. Sejurus sampai di puncak, segala penat lelahnya berbaloi katanya. Permandangan yang memukau berjaya dirakam
Dia menyatakan Merdeka 118 adalah antara bangunan paling mencabar untuk dirinya. Dia juga menjelaskan dia tahu dia menceroboh namun dia tetap mencuba untuk tidak merosakkan apa-apa struktur bangunan. Tujuannya hanya satu, ingin mencipta memori di bangunan-bangunan tinggi di dunia.