"Terpaling Santai" - Rider Tunggang Motor Sambil Bersila, Main Telefon Dapat 'Habuan'

TERKINI
August 03, 2023 - 03:50 PM


Semalam tular sebuah klip video tindakan seorang penghantar makanan menunggang motosikal sambil bersila dan bermain telefon bimbit sebelum terlibat kemalangan.

Melihat kepada video tular yang dimuat naik di beberapa kumpulan Facebook dan Twitter sejak kelmarin itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku di ibu negara.

Aksi santai dan berbahaya penghantar makanan itu sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang berada di lokasi kejadian. 

Tindakannya itu membawa padah selepas dia merempuh bahagian belakang sebuah kereta sekali gus menyebabkannya jatuh ke lorong kanan jalan. Lelaki itu juga hampir dilanggar kenderaan lain yang melalui laluan tersebut. 

Video yang mendapat tontonan lebih 400 juta itu mendapat kecaman warganet atas tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan perbuatannya itu boleh mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kalau pemilik kenderaan buat laporan, kau kena saman,” kata Munir Saleh.

“Apa yang dia fikir duduk bersila seperti itu. Kalau kena pada kereta aku memang aku belasah bagi lagi sakit budak ini,” komen Zahidi yang jelas marah dengan kejadian seperti ini.

“Pemandangan biasa dekat tempat aku. Selalu nampak rider (bukan food rider ya) yang main telefon atas motor bila kereta tengah banyak. Aku yang seram tengok" komen Indera.

Nak bersantai atau rilek, tunggulah habis kerja dulu, bang. Kalau dah jadi begini, susah nak menjawabnya nanti. Nak putar belit bagi kenyataan, bukti dah ada. 

Sumber berita : Kosmo!