"Umum Kahwin Tak Sampai Setahun Dah Bercerai?"- Anak Zainal Abidin Dedah Bapanya Ceraikan Fyna
TERKINIBaru sahaja awal tahun ini membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah, tup-tup hari ini keluar pula desas-desus yang memetik sumber mendakwa pemain bola sepak lagenda tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan telah bercerai pula dengan isteri keduanya iaitu Fyna Jebat.
Dedah anak perempuan Zainal -- Zahira Aisyah mendakwa ayahnya sudah pun bercerai dengan ibu tiri menerusi komen yang ditinggalkan di media sosial.
Ia berikutan satu posting di sosial media mengatakan ibu kandungnya, Datin Zalina Zaini telah berdamai dengan Fyna disebabkan mereka duduk semeja namun perkara itu disangkal Zahira.
Jelas Zahira, ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan kejadian yang berlaku empat bulan lalu tersebut adalah palsu.
"Kenapa balik cerita empat bulan lepas?
"Ibu saya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan berita ini tidak benar dan untuk pengetahuan anda bapa saya sudah menceraikan Fyna Jebat.
"Mohon padam post ini, terima kasih" tulisnya.
Zahira memberi bayangan seolah-olah ayahnya telah membuat keputusan tepat dan bersyukur ujian yang diterima mereka.
Usaha media untuk mendapatkan maklum balas daripada naib juara Famili Duo itu gagal apabila telefonnya dimatikan.
Fyna mengaku bergelar isteri kedua Zainal pada Januari lalu namun tidak mengulas butiran lanjut tentang perkahwinan mereka.
Zainal dan Zalina pula berkahwin pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sepanjang 43 tahun perkahwinan mereka.
Sumber : Mstar