[VIDEO] "Bukan Nak Beli Pun, 'Flirting' Je Lebih" - Menggeletis Wanita Tengok Bhaiya Kacak Jual Tudung
TERKINISepatutnya di bulan Ramadan ini kita lebih menjaga pandangan baik lelaki mahupun wanita, apatah lagi sudah banyak siarang langsung atau live di media sosial ketika ini.
Tular klip siaran langsung sebuah kedai pakaian yang dikatakan terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan di TikTok.
Namun video itu bukanlah tular kerana barangan yang dijual, tetapi kerana tukang jual yang dikatakan tampan hingga menarik wanita untuk masuk ke siaran langsung tersebut.
Dapat dilihat ruangan komen dipenuhi perkataan sayang malah ada yang menawarkan diri untuk membawa makanan.
Penjual tersebut mengakui dirinya beragama Buddha jadi dia tidak ada masalah untuk menerima makanan yang diberi.
Rata-rata wanita yang meninggalkan komen dilihat seperti sedang mengorat tukang jual tersebut hingga menyebabkan geli hati netizen yang membaca.
@fizayaakub Tengah scroll² tiktok jumpa live bhaiya. Ingatkan nak scroll ke bawah je, tapi tertarik dengan komen² akak² yang terjatuh hati dengan bhaiya 🤣 Laju kemain komen, ramai peminat bhaiya nuh. Naseb aku tak minat, aku minat suami aku je 😆 #TikTokMalaysia #berandatiktok #fypmalaysia #fyp @Fiza Yaakub @Fiza Yaakub @Fiza Yaakub ♬ original sound - Fiza Yaakub
“Yang komen pun bukan nak beli tudung tapi nak usha baiya tu,” ujar Farah.
“Orang tu nak meniaga tapi masing-masing asyik mengorat,” komen pengguna TikTok.
Jaga pandangan dan perangai anda terutamanya di media sosial, bimbang dilihat seperti menjatuhkan maruah sendiri.
Sumber: Malaysia Dateline